geopractice

November 23, 2007

Jalan-jalan Soyuz

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:46 am

Apa agaknya topik yang kita sembang-sembang sambil minum pagi? Banyak pilihan tu .. pasal VK Lingam, pasal Pulau Batu Putih, pasal Khir Toyo dengan penyapunya, pasal ranking IPTA dan banyak lagilah. Namun satu hal yang dibincangkan baru ni ialah mengenai projek angkasawan kita. Bukanlah soal pro dan kontra.. isu pro dan kontra ini dah banyak dibincangkan.  Isunya berapa jauh stesen ISS tu dari bumi. Jawabnya mudah dalam lingkungan 360km. Tetapi kenapa sampai 2 hari dengan roket baru tiba ke situ? Maka adalah teori-teori kedai kopi yang mempertikai bukan 360km tetapi 36,000 km agaknya. Logik yang disuarakan adalah roket tu laju amat (kalau setakat 360km dengan kereta pun dalam 3 jam lebih je!). Maka kenapa sampai 10 hari?

Maka dibacalah beberapa sumber untuk mencari jawapannya. Sumber ini menyatakan altitud ISS ialah 250 batu dari bumi (400km); sumber ini pula menyebut 407km. Artikel di wikipedia pula memberikan altitud purata ISS sebagai 360km. Maka sahlah jarak ISS dari bumi adalah di sekitar 360-400km.

  

Bagi yang ingin mendapat maklumat lebih mendalam tentang satelit, jarak mereka dari bumi (orbit) termasuk ISS dan juga lainnya bacalah buku di atas.  

November 15, 2007

Laman Basikal dan Motorsikal

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 5:20 pm

 

Blog ditulis dengan tema dan penceritaan yang berbagai. Ada yang bercerita tentang politik, tentang masakan, tentang makanan, tentang melancung, tentang agama dan sebagainya. Boleh kata macam-macam ada. bila Dalam kita merayau-rayau melihat blog pastinya akan terjumpa sesuatu yang dirasakan ada keistimewaan tersendiri. Contohnya satu blog yang menceritakan nostalgia basikal tua. Nama blognya pun amat kena -singgahlah di sana.

Blog yang ini pula taksub dengan motorsikal mereka - Elegance Modenas. Bagus juga setidak-tidaknya membantu mempromosi motorsikal jenama tempatan. Tidaklah seperti mana seorang pemimpin yang ke hulu ke hilir dengan super bikenya. Kononya atas nama Jelajah Jalur Gemilang. Siapakah pemimpin tu?

November 14, 2007

Pusat Pekasam Lenggong

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:53 am

Lenggong adalah sebuah pekan kecil di Perak. Kita akan melalui Lenggong sekiranya memandu dari pekan Kuala Kangsar menuju Lebuhrayaraya Timur-Barat (Grik-Jeli). Jarak perjalanan mungkin dalam 20 minit.

Baru-baru ini terbaca iklan tender untuk satu projek yang bakal dibangunkan di Lenggong. Apa projeknya? Cadangan membina Pusat Pekasam Kebangsaan. Wah! maju juga perusahaan pekasam kat Lenggong tu.

Nanti adalah pulak pusat cincalok (kat Melaka), pusat budu (kat Kelantan). Pusat belacan kat mana ya?

November 13, 2007

Besi Buruk & Alang

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:05 pm

Perniagaan besi buruk adalah suatu yang sinonim dengan masyarakat India di Malaysia. Mereka memiliki kedai atau gudang untuk membeli dan melonggok besi buruk. Persoalannya apakah kesudahan kepada besi buruk tersebut. Siapa pula yang membelinya dan sampai ke mana kitaran perniagaan ini?

Ironisnya perniagaan besi buruk diperingkat global juga adalah milik orang India dan berpengkalan di India. Salah satu yang terkenal adalah limbungan kapal Alang, berhampiran Mumbai India. Istimewanya Limbungan Alang adalah kerana ia tidak membina kapal sebaliknya merungkai kapal untuk dijadi besi buruk. Contohnya, kapal Blue Lady (foto di bawah) sudah sedia berlabuh di Limbungan Alang menunggu masa untuk di bongkar menjadi besi buruk.

Kapal Blue Lady

Namun terdapat satu isu penting yang sering diperdebatkan mengenai Limbungan Alang iaitu berkaitan pencemaran toxic yang serius. Pencemaran tersebut amat bahaya sehingga kerja-kerja di situ disebut sebagai bukan sahaja memusnahkan kapal malah turut sama memusnahkan manusia. Baca laporannya di sini.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph