geopractice

October 31, 2007

Ole-Ole Zakat

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:04 am

Berzakat itu wajib bagi yang berkemampuan. Tak kiralah kategori mana pun - zakat harta, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat ternakan. Di Johor segala kutipan zakat adalah ditadbirkan oleh MAIJ.

Pada setiap tahun kalau membayar zakat di MAIJ ada sedikit ole-ole yang diberikan. Sempena Ramadhan & Syawal tahun ini kaunter zakat MAIJ mengedarkan se bekas kurma dan kismis.

Ole-ole zakat MAIJ

October 23, 2007

Angkasawan & Bruno Guiderdoni

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:52 am

Demam angkasawan melanda Malaysia dalam bulan Ramadan dan Syawal ini. Semua media cetak dan elektronik melaporkan mengenai projek angkasawan negara. Kalau membaca berita di akhbar dan menonton TV kesemua laporan mereka adalah pandangan positif. Bagi yang suka mencari persepektif yang berbeza tulisan para blogger menjadi sumber mereka. Program angkasawan ini turut diberi perhatian oleh seorang wartawan akhbar Melbourne Age. Baca komen beliau di sini.

Dalam banyak-banyak cerita mengenai angkasawan terjumpa satu rencana menarik yang ditulis oleh Dr Sidek Baba. Beliau menulis mengenai perjalanan menemui kebenaran Islam oleh Dr Bruno Guiderdoni, seorang pakar astrofizik Perancis. Dr Bruno mengkaji mengenai sains angkasa lepas yang tentu sekali melibat penerokaan angkasa oleh para angkasawan. Banyak rencana menarik mengenai Dr Bruno yang boleh kita baca melalui internet. Satu temuramah dengan beliau mengenai "Cosmology, Origins and Creation" serta pengislaman beliau boleh di baca di sini.

Sementara itu penjejakan ke bulan oleh Neil Amstong mewujudkan beberapa polemik termasuk di AS sendiri. Baca tentangnya di sini. 

October 11, 2007

Globalisasi Donut

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:32 am

Di negara kita donut bukanlah menu pilihan. Tidaklah seperti roti canai yang di cari oleh ramai orang ketika sarapan pagi. Namun globalisasi makanan telah membawa donut sebagai sebahagian dari budaya cara hidup masyarakat khususnya di bandar besar. Dunkin donuts merupakan satu jenama popular dan outlet yang menjualnya boleh dilihat di banyak tempat terutama di kompleks membeli-belah besar. Harga sebiji dunkin ni bukanlah murah .. Rm2; rasa macam tak berbaloi. Menurut laporan kandungan kalorinya tinggi maka tentulah tak begitu elok di sudut kesihatan.

Berbagai pilihan Dunkin Donut

Namun perniagaan Dunkin di Malaysia nampaknya bertahan dan terus berkembang. Walau pun tidak sebegitu agresif seperti jenama KFC, McD dan seangkatan dengannya. Kini, sempena bulan Ramadhan dan juga musim perayaan Aidilfitri Dunkin memperkenalkan kotak khas untuk pelanggan membeli dan membawa pulang donut untuk berbuka puasa. Ada ke yang nak berbuka puasa dengan hidangan donut?

Kotak Mr Happy

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph