Laporan Audit Negara
Akhbar mula memasukkan berita tentang Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2006 yang baru diumumkan. Seperti mana biasa lebih banyak petikan dibuat oleh akhbar The Star berbanding UM dan BH. Sempat juga melihat apa yang diperkatakan oleh blogger. Kalau guna pencarian dalam bahasa inggeris ditemui sebanyak lebih 40 entri (blogger yang memberi komen) tetapi kalau dalam bahasa melayu cuma ada satu blogger saja yang menulis. Nak tau siapa dia klik di sini. Jadi dapatlah kita bayangkan bagaimana pekanya rakyat melayu terhadap hal dan berita sebegini. Untuk membaca laporan lawatilah laman Jabatan Audit Negara dan pilih versi yang dicari (sebagai contoh lihat di sini).
