Kulit Majalah
Kulit depan majalah adalah suatu yang signifikan. Makanya design dan penampilannya tentulah mustahak kerana ia mencerminkan apa yang terkandung dalam sesuatu majalah. Perhatikan cover Majalah i keluaran September 2007. Pemilihannya dirasakan tidak begitu mencerminkan kandungan sebuah majalah berbentuk informasi. Pembaca belum tentu dapat mengenali personaliti yang ditonjolkan. Lebih-lebih lagi bagi yang membeli majalah tersebut kerana faktor mencari informasi yang bercorak islamik. Lainlah kalau ianya untuk majalah seperti jelita, wanita dan yang seangkatan dengannya.
Bandingkan pula cover majalah al-Islam Ogos ‘07 yang juga memaparkan wanita. Tetapi personaliti yang dipaparkan sememangnya relevan. Siapa yang tidak kenal Karen Amstrong? Beliau banyak menulis buku tentang Islam, perbandingan agama dan sejarah agama. Maka tentu ada mesej yang cuba ditonjolkan oleh kulit majalah berkenaan.
