geopractice

August 28, 2007

Kulit Majalah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:56 am

Kulit depan majalah adalah suatu yang signifikan. Makanya design dan penampilannya tentulah mustahak kerana ia mencerminkan apa yang terkandung dalam sesuatu majalah. Perhatikan cover Majalah i keluaran September 2007. Pemilihannya dirasakan tidak begitu mencerminkan kandungan sebuah majalah berbentuk informasi. Pembaca belum tentu dapat mengenali personaliti yang ditonjolkan. Lebih-lebih lagi bagi yang membeli majalah tersebut kerana faktor mencari informasi yang bercorak islamik. Lainlah kalau ianya untuk majalah seperti jelita, wanita dan yang seangkatan dengannya.

Bandingkan pula cover majalah al-Islam Ogos ‘07 yang juga memaparkan wanita. Tetapi personaliti yang dipaparkan sememangnya relevan. Siapa yang tidak kenal Karen Amstrong? Beliau banyak menulis buku tentang Islam, perbandingan agama dan sejarah agama. Maka tentu ada mesej yang cuba ditonjolkan oleh kulit majalah berkenaan.

Ruang Solat

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:47 am

Banyak yang memperkatakan tentang ruang solat yang disediakan di tempat awam seperti komplek membeli-belah, pasaraya, dan perhentian bas. Komen orang ramai antaranya adalah ruang yang disediakan kecil, tidak diurus dengan elok (maknanya ruang yang kotor), tersorok dan sebagainya.

Kalau kita menaiki bas ekspress selalunya bas akan singgah di hentian R&R tertentu untuk makan dan berehat. Bagi perjalanan ke selatan satu tempat hentian yang banyak bas singgah ialah di Yong Peng. Di situ ada ruang solat. Biliknya sederhana saiznya, agak terjaga keadaannya. Namun lokasinya agak tersorok dan berhampiran tandas.

Ruang wuduk

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph