geopractice

August 14, 2007

Mesti Kenal

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:39 am

Bila membaca catatan di blog kadang kala terjumpa cerita seseorang yang kita kenal. Umpamanya cerita orang kampong kita (mungkin beliau kerja kat sini; lihat juga sini; kajiannya semiconductor) atau kawan sekolah masa dulu-dulu.

Deretan kedai berhampiran perhentian bas Bagan Datoh

Ulu Legong

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:15 am

Ya itulah nama satu destinasi pelancungan dalam negeri. Terletak di Baling Kedah. Tarikannya adalah kolam air panas.

Belum pernah ke sana namun menurut catatan yang dibaca perjalanan mengambil masa 90 minit dari Sg Petani.

Manhaj Hadhari

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:58 am

Ini satu berita yang sudah lama. Namun dalam mencari-cari bahan di internet terjumpa satu perbincangan mengenai mauduk yang disebutkan di atas. Ramai yang pernah membaca bahawa suatu persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa telah diadakan di KL sedikit masa lalu. Menurut berita akhbar salah satu resolusi Majlis tersebut adalah menerima pendekatan negara kita mengenai konsep yang bernama Hadhari. Tetapi apa yang dilaporkan itu bukanlah terhenti setakat itu sahaja. Ada perkara lanjutan yang penting yang sepatutnya disebutkan. Menurut satu laporan yang ditulis di internet Majlis Fiqh tidak begitu menerima nama yang diusulkan sebaliknya mahu ia di panggil Manhaj Hadhari.  

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph