geopractice

July 31, 2007

Tokoh Ulama Sunni

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:16 am

Berapa banyak nama tokoh ulama sunni yang boleh kita senaraikan? Kalau nama tokoh politik atau ahli sukan mungkin ramai yang kita tahu. Dalam laman e-ulama (Persatuan Ulama M’sia) ada disenaraikan nama para ulama sunni dari Timur Tengah dan juga rantau Nusantara. Ada sejumlah 65 ulama disenaraikan (27 sudah meninggal dunia + 38 masih hidup). Berikut adalah beberapa dari nama tersebut; 

Sheikh Prof Mohamad Abu Zuhrah (m.1974); Sheikh Prof Abd Wahab Al-Khallaf (meninggal); Syeikh Mustafa As-Sobri (m); Syeikh Muhammad al-Ghazali (m.1998); Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi (m); Muhammad Makhluf al-Maliki (m.1936)

Antara mereka yang masih hidup pula adalah:

Yusoff al-Qaradhawi, Qatar (lahir 1926); Sa’id Ramdhan al-Buti, Syria; Wahbah Mustafa az-Zuhaily, Syria (lahir 1932); Muhammad Az-Zuhayli, Syria; Prof Dr Muhammad Uthman Syabir, Jordan.

July 27, 2007

Makanan Halal Thailand

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:47 am

Kalau ke Thailand carilah tempat makan halal. Menurut satu sumber, ada beberapa restoran Arab di Nana Street; atau pergi ke Phayathai untuk menu Selatan Thailand. Sebuah restoran baru akan dibuka - Restoran Cili Padi. Restoran milik pengusaha Melayu Noriza Mohd Tahir, terletak di Soi One, Narathiwat Road. berhampiran kawasan perniagaan Silom dan Sathorn, tidak jauh dari stesen pengangkutan rel Chong Nongsi.

Terjumpa sekeping foto kedai halal di flickr - Thongsala on Koh Pha Ngan, Thailand.

Gambar dari Flickr - klik

Untuk maklumat lain tentang restoran halal di Bangkok baca di sini.

July 3, 2007

Lawan Lina Joy

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 11:40 pm

Kisah Lina Joy masih banyak diperbincangkan. Namun adalah lebih elok kalau kita mencari cerita yang berlawanan dengannya. Satu contohnya ialah Mohd. Syukri Yeoh Abdullah (Pensyarah Fak Pengajian Islam UKM).

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph