Ban Hakisan Pantai
Beberapa kawasan di Bagan datoh mengalami hakisan pantai yang teruk. Fenomena tersebut telah mendapat perhatian Bahagian Kejuruteraan Pantai JPS. Pada tahun 2004 satu projek menaik taraf ban dan struktur telah di lakukan oleh JPS dengan peruntukan sebanyak RM412,000. Usaha ini dikategori oleh JPS sebagai projek sementara.
Selain itu satu projek besar telah juga dilakukan di Bagan Sungai Tiang dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta. Kerja ini melibatkan merentasi kawasan sepanjang 1km. Salah satu syarikat yang terlibat dalam projek tersebut adalah Benalec Sdn Bhd melibat projek di Sg Belukang.
