geopractice

May 12, 2007

Ban Hakisan Pantai

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:08 am

Beberapa kawasan di Bagan datoh mengalami hakisan pantai yang teruk. Fenomena tersebut telah mendapat perhatian Bahagian Kejuruteraan Pantai JPS. Pada tahun 2004 satu projek menaik taraf ban dan struktur telah di lakukan oleh JPS dengan peruntukan sebanyak RM412,000. Usaha ini dikategori oleh JPS sebagai projek sementara.

Selain itu satu projek besar telah juga dilakukan di Bagan Sungai Tiang dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta. Kerja ini melibatkan merentasi kawasan sepanjang 1km. Salah satu syarikat yang terlibat dalam projek tersebut adalah Benalec Sdn Bhd melibat projek di Sg Belukang.

Tanaman Vanila

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:58 am

Menurut satu laporan usaha tanaman vanila telah dimulakan di Bagan Datoh pada tahun 1992. Projek tersebut dijalankan oleh Mardi di bawah kelolaan Dr Mohd Noh Jalil.

Bagan Datoh & Projek Perumahan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:24 am

Satu projek perumahan, Taman Desa Impian telah dilancarkan pembinaan pada tahun 2003. Projek perumahan tersebut diusahakan oleh Koperasi Kredit Pekerja-Pekerja Berhad. Laporan mengenainya boleh dibaca di sini.

Apa statusnya sekarang? 

Sederet rumah kedai telah siap pembinaannya. Cuma sebuah kedai yang sudah ada pembeli. Itu pun di beli oleh pihak koperasi (pemaju perumahan ini) sebagai pejabat mereka.

Bagan Datoh & Sarang Burung

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:31 am

Suatu fenomena baru yang ditemui di Bagan Datoh ialah kegiatan ternakan sarang burung layang-layang. Kegiatan ini mula dikesan sejak tahun 2005 atau mungkin lebih awal dari itu. Beberapa rumah kedai ‘terabai’ telah dijadikan pusat ternakan. Selain itu usaha terancang juga telah dilakukan iaitu dengan mendirikan bangunan khusus untuk menghasilkan sarang burung layang-layang.

Sebuah bangunan khusus untuk ternak sarang burung di Bagan Datoh

Pandangan dari tepi bangunan ternak sarang burung

Nampaknya usaha ternakan sarang burung ini bukan di Bagan Datoh sahaja malah berkembang ke seluroh negara kerana ia memberikan pulangan yang lumayan. Ada laporan yang menyebut harga yang dijual adalah RM5,000 sekilo malah sehingga mencecah RM8,000 se kilo. Ada juga bantahan yang telah dibuat tentang perkara ini. Baca mengenainya di sini. Sedikit maklumat mengenai perusahaan sarang burung boleh di baca di sini. Baca mengenai laporan sarang burung di Teluk Intan di sini. Di peringkat pusat terdapat sebuah sekretariat di bawah JAS yang di panggil Jawatankuasa Garis Panduan Perusahaan Sarang Burung Layang-Layang. 

Bagan Datoh & Obesiti

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:03 am

Terjumpa satu artikel yang diterbitkan oleh Malaysian Journal of Nutrition. Artikel ini berkaitan kajian tentang nutrisi dan obesiti di kalangan penduduk tiga kampung di Bagan Datoh. Baca selanjutnya di sini.

Kajian tersebut merumuskan bahawa obesiti juga berlaku di kalangan penduduk kampong. Trend tersebut berlaku kerana faktor makanan dan gaya hidup yang tidak aktif (non-active affluent lifestyles). Kalau begitu sama sahaja halnya seperti mana di bandar.

Mungkinkah makanan segera seperti burger yang terjual di pekan-pekan kecil menjadi salah satu punca obesiti?

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph