geopractice

May 24, 2007

Cerita Israiliyat

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 5:25 am

Akhir-akhir ini kisah israilliyat merupakan suatu topik yang banyak diperbincangkan. Mufti Perlis SS Dr Mohd Asri pernah menulis tentang hal ini dalam artikel mingguan akhbar Mingguan Malaysia. Sedikit definisi tentang kisah israeliyyat nya boleh dilihat di sini.

Beberapa buku membicarakan mengenai Israiliyat telah diterbitkan. Salah satunya adalah buku di atas yang terbitan pada tahun 1996 berharga cuma RM16-00.

Siapa Ulil?

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:54 am

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Jaringan Islam Liberal (JIL) nama Ulil tentulah tidak asing. JIL dan fikrah pemikiran mereka telah mendapat tentangan dari berbagai pihak khususnya para ulama di Indonesia. Baca cerita terkini beliau di sini.

Surau di Taman Wawasan, Mersing

Kisah Tsa’labah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:42 am

Bila berbicara tentang zakat kisah mengenai Tsa’labah pasti dijadikan pedoman. Namun berhati-hatilah mengulanginya kerana adanya periwayatan semula mengenainya. (http://dadang-bdg.blogspot.com/2007/05/tazkiyyah-atas-tsalabah.html).

Foto: Masjid di kawasan industri Larkin

May 15, 2007

Juruukur Tanah Berlesen

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 11:19 pm

Ukur tanah dikatakan profesion yang kedua tertua di dunia. Di Semenanjung para juruukur yang bertauliah dikenali sebagai juruukur berlesen dan berdaftar di bawah Lembaga Juruukur Tanah.

Beberapa nama JUBL tertulis dalam petikan iklan akhbar di atas. Singkatan "Sr" bermaksud Surveyor.

Jambatan Panjang

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:10 am

Kerajaan Indonesia merancang membina jambatan menghubungkan Pulau Jawa dengan Sumatera. jambatab tersebut panjang 29km menelan belanja lebih USD7bilion.

Persoalannya bagaimana menangani ancaman gempa bumi dan tsunami yang sering berlaku di kepulauan tersebut.

Antara jambatan terpanjang di dunia adalah The Lake Pontchartrain Causeway di Louisiana US (panjang 23.9 batu). Perjalanan dengan kereta merentasinya mengambil masa lebih 30 minit. Kenapa dibina jambatan tersebut - baca di sini dan lihat gambarnya di sini.

May 13, 2007

Kera, Sarang Burung & Perhilitan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:08 am

Banyak spesis kera, monyet dan lontong berkeliaran di kawasan muara sungai terutama yang diliputi pokok (seperti Bagan Datoh). Haiwan tersebut merayau hingga ke kawasan rumah kediaman penduduk untuk mencari makanan - buahan dan pisang. Apa pula kaitan haiwan itu dengan sarang burung? Jawapannya mereka tertakluk kepada satu akta yang sama - Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, di bawah kawalan Jabatan Perhilitan. Sedikit maklumat mengenai akta tersebut dan perhilitan terdapat di sini.

Sebuah bangunan sarang burung di Bagan Datoh

May 12, 2007

Ban Hakisan Pantai

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:08 am

Beberapa kawasan di Bagan datoh mengalami hakisan pantai yang teruk. Fenomena tersebut telah mendapat perhatian Bahagian Kejuruteraan Pantai JPS. Pada tahun 2004 satu projek menaik taraf ban dan struktur telah di lakukan oleh JPS dengan peruntukan sebanyak RM412,000. Usaha ini dikategori oleh JPS sebagai projek sementara.

Selain itu satu projek besar telah juga dilakukan di Bagan Sungai Tiang dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta. Kerja ini melibatkan merentasi kawasan sepanjang 1km. Salah satu syarikat yang terlibat dalam projek tersebut adalah Benalec Sdn Bhd melibat projek di Sg Belukang.

Tanaman Vanila

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:58 am

Menurut satu laporan usaha tanaman vanila telah dimulakan di Bagan Datoh pada tahun 1992. Projek tersebut dijalankan oleh Mardi di bawah kelolaan Dr Mohd Noh Jalil.

Bagan Datoh & Projek Perumahan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:24 am

Satu projek perumahan, Taman Desa Impian telah dilancarkan pembinaan pada tahun 2003. Projek perumahan tersebut diusahakan oleh Koperasi Kredit Pekerja-Pekerja Berhad. Laporan mengenainya boleh dibaca di sini.

Apa statusnya sekarang? 

Sederet rumah kedai telah siap pembinaannya. Cuma sebuah kedai yang sudah ada pembeli. Itu pun di beli oleh pihak koperasi (pemaju perumahan ini) sebagai pejabat mereka.

Bagan Datoh & Sarang Burung

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:31 am

Suatu fenomena baru yang ditemui di Bagan Datoh ialah kegiatan ternakan sarang burung layang-layang. Kegiatan ini mula dikesan sejak tahun 2005 atau mungkin lebih awal dari itu. Beberapa rumah kedai ‘terabai’ telah dijadikan pusat ternakan. Selain itu usaha terancang juga telah dilakukan iaitu dengan mendirikan bangunan khusus untuk menghasilkan sarang burung layang-layang.

Sebuah bangunan khusus untuk ternak sarang burung di Bagan Datoh

Pandangan dari tepi bangunan ternak sarang burung

Nampaknya usaha ternakan sarang burung ini bukan di Bagan Datoh sahaja malah berkembang ke seluroh negara kerana ia memberikan pulangan yang lumayan. Ada laporan yang menyebut harga yang dijual adalah RM5,000 sekilo malah sehingga mencecah RM8,000 se kilo. Ada juga bantahan yang telah dibuat tentang perkara ini. Baca mengenainya di sini. Sedikit maklumat mengenai perusahaan sarang burung boleh di baca di sini. Baca mengenai laporan sarang burung di Teluk Intan di sini. Di peringkat pusat terdapat sebuah sekretariat di bawah JAS yang di panggil Jawatankuasa Garis Panduan Perusahaan Sarang Burung Layang-Layang. 

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph