Pakar Falak Tempatan
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa persoalan kiblat berhubung kait dengan geomatik (ukur tanah) melalui ilmu astronomi. Makanya, bagi yang mereka berminat mempelajari Falak Syarie, hitungan kiblat, penetapan waktu solat dan penentuan anak bulan merupakan perkara yang perlu dikuasai. Kesemua perkara tersebut memerlukan kita memahami mengenai elemen astronomi.
Masjid Kg Beras Terbakar, Langkawi
- Pembinaan masjid memerlukan kaedah falak untuk penentuan arah kiblat-
Siapakah agaknya yang tergolong sebagai pakar Falak di negara kita ? Tak banyak yang kita tahu tentang tokoh falak kerana perbincangan mengenai falak mungkin jarang kita jumpa di media harian. Tetapi ada beberapa nama yang boleh disebutkan yang ditemui dalam beberapa seminar umpamanya.
Majalah i keluaran September ’06 melaporkan tentang Konvensyen Falak Negeri Selangor 2006. Majlis anjuran bersama Jabatan Mufti Selangor dan KUIS. Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah:
“Kepentingan Kiblat Dalam Kehidupan” - Us Hj Rahaman Hussain (YDP Persatuan Falak Syarie Malaysia);
“Kaedah-kaedah penentuan arah kiblat” – Dr(H) Kassim Bahalli (Kompleks Falak al-Khawarizmi);
"Prosidur penentuan arah kiblat yang ideal" – Baharrudin Zainal (Institut Penyelidikan Matematik INSPEM, UPM);
"Penentuan arah kiblat di angkasa" – Abd Halim Abd Aziz (Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, USM(?);
"Tatacara penggunaan e-Qlim dan e-PIMasjid "– Dr Azhari Mohamed, Jupem.
Masjid di Kampung Beras Terbakar, Langkawi
