geopractice

April 20, 2007

Pasar Nelayan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:31 am

Kementerian Asas Tani mempergiatkan usaha memajukan sektor pertanian dan perikanan. Satu langkah yang di ambil mereka ialah menubuhkan pasar nelayan. Projek pasar nelayan telah dirasmikan di Kelantan. Pasar yang serupa akan dibuka di beberapa tempat lain seperti … 

April 19, 2007

Beli kat mana?

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:53 am

Melalui perbualan dengan ramai orang kita sering mendengar rungutan mengapa orang Melayu bersikap mengenepikan kedai orang Islam dalam berjual-beli.  Baca di http://ibnularaby.blogspot.com/2007/04/tanggungjawab-menyokong-perniagaan.html.

Di antara alasan yang selalu disebut ialah;

- harga mahal sedikit (ini berakibat dari pembekal/pemborong yang rata-ratanya bangsa asing)

- kedai buka lewat; pukul 7 atau 8 masih belum buka.

- stok barang tak banyak; pilihan pun agak terhad.

April 15, 2007

Seminar Pemikiran Tajdid

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:40 am

Penganjuran seminar agama bukanlah suatu yang asing di negara kita. Banyak pihak yang sering menganjur seminar. Contohnya IPTA, NGO, syarikat penerbitan dan sebagainya. Namun satu seminar yang menarik perhatian ialah "Seminar Pemikiran Tajdid Imam As-Syafie" dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Terakhir seminar berkenaan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL pada 14 April 2007. Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan iaitu;

- Tajdid Imam Syafie dalam Fiqh (Pembentang - Prof Dato’ Dr Mahmood, Akademi Islam, UM; Pengulas - Dr Ahmad Najib al-Qari)

- Tajdid Imam Syafie dalam aqidah (Pembentang - Dr Yuhanar Ilyas, Universiti Muhamadiyah Indonesia; Pengulas - Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis)

- Keterbukaan pemikiran Imam As-Syafie (Pembentang - Ustaz Maszlee Malik, UIAM; Pengulas - Dr Juanda Jaya)

Surau SK (1) Tapah - Surau al-Falah

Surau SK (1) Tapah - Pandangan hadapan

April 6, 2007

Ayat Kawniyyah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:33 am

Tafsir al-Maraghiy (v7, ms 3528) menyebut tentang ayat kawniyyah dalam al-Quran. Ayat kawniyyah ialah ayat yang membuktikan keindahan perbuatan Allah SWT, sama ada yang berada di dalam diri atau di alam ufuk. Beberapa contoh ayat kawniyyah;

"Sekiranya Kami utuskan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah …" - Surah al-Hashr 59:21

"…Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahui.." - Surah al-An’am 6:59

"…Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." - Surah al-Hadid 57:4

Sebuah surau berdekatan Tropical Inn Johor Bahru

Pakar Falak Tempatan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:11 am

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa persoalan kiblat berhubung kait dengan geomatik (ukur tanah) melalui ilmu astronomi. Makanya, bagi yang mereka berminat mempelajari Falak Syarie, hitungan kiblat, penetapan waktu solat dan penentuan anak bulan merupakan perkara yang perlu dikuasai. Kesemua perkara tersebut memerlukan kita memahami mengenai elemen astronomi.


Masjid Kg Beras Terbakar, Langkawi

- Pembinaan masjid memerlukan kaedah falak untuk penentuan arah kiblat-

Siapakah agaknya yang tergolong sebagai pakar Falak di negara kita ? Tak banyak yang kita tahu tentang tokoh falak kerana perbincangan mengenai falak mungkin jarang kita jumpa di media harian. Tetapi ada beberapa nama yang boleh disebutkan yang ditemui dalam beberapa seminar umpamanya.

Majalah i keluaran September ’06 melaporkan tentang Konvensyen Falak Negeri Selangor 2006. Majlis anjuran bersama Jabatan Mufti Selangor dan KUIS. Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah:

“Kepentingan Kiblat Dalam Kehidupan” - Us Hj Rahaman Hussain (YDP Persatuan Falak Syarie Malaysia);

“Kaedah-kaedah penentuan arah kiblat” – Dr(H) Kassim Bahalli (Kompleks Falak al-Khawarizmi);

"Prosidur penentuan arah kiblat yang ideal" – Baharrudin Zainal (Institut Penyelidikan Matematik INSPEM, UPM);

"Penentuan arah kiblat di angkasa" – Abd Halim Abd Aziz (Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, USM(?);

"Tatacara penggunaan e-Qlim dan e-PIMasjid "– Dr Azhari Mohamed, Jupem.



Masjid di Kampung Beras Terbakar, Langkawi 

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph