Susu Tea Pot
Ada berapa banyak jenama susu pekat (condensed milk) yang terjual di pasaran? Susu pekat dah tak banyak dan susah pulak nak cari. Di antara jenama yang popular ialah Tea Pot. Dulunya dikilang oleh Nestle tetapi kini diambil alih oleh F&N. Sejak beberapa bulan kebelakangan susu Tea Pot agak susah didapati di pasaran. Kenapa begitu?
Sekarang ni susu jenis krimer yang banyak menguasai pasaran. Apa beza krimer berbanding susu pekat? Mana yang lebih enak?
