geopractice

March 5, 2007

Berita sekali-sekala

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:38 am

Berita tentang menukar ugama sekali-sekala kita baca dalam akhbar. Tapi berita yang ini cuma muncul dalam akhbar bukan Melayu. Lebih tepatnya dalam akhbar The Star sahaja.

Satu keluarga di Bukit Mertajam meminta di rekodkan ugama mereka sebagai Hindu menggantikan Islam. Bapa keluarga ini seorang Melayu dan berkahwin dengan seorang perempuan beragama Hindu. Menurut laporan akhbar kehidupan mereka adalah mengamal cara hidup Hindu. 

Gambar keluarga tersebut

Selang beberapa hari, dalam akhbar yang sama dilaporkan pula berita seperti berikut;

HK Star Ferry

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:35 am

Star Ferry menjadi satu mod pengangkutan awam yang popular di HK. Beroperasi sejak lama dulu (bila?) dan turut menjadi tarikan pelancung.

Menyeberang dari Kowloon TST ke Wan Chai tambangnya HKD1.70 - dalam 70 sen. Murah tu dan pekhidmatannya sangat reliable.

Menaiki Star Ferry suatu pengalaman yang mesti jika ke HK.

Globalisasi Perniagaan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:31 am

Brand-name mendominasi perniagaan merupakan suatu ciri globalisasi. Hard Rock Cafe (HRC) merupakan jenama perniagaan dan terdapat di merata bandar besar.

HRC turut membuka perniagaan di Peak Tower HK. Di situ cafenya tak ada cuma kedai menjual assesori seperti T-shirt, cap dan produk seangkatannya. Cap ini dijual pada harga HKD120 (lebih kurang RM60).

Pemandangan Peak Tower HK pada Disember ‘06. Ketika itu kerja pembinaan masih belum sudah.

Setem 2007_1

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:55 am

Pos Malaysia memulakan koleksi setem barunya dengan tema - Hidupan Laut Yang Unik. Setem tersebut mula dijual pada Januari baru-baru ni.

Lawati www.filatelic.com untuk lebih banyak maklumat tentang setem.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph