Masjid Besar Taipei
Di Taipei terdapat dua buah masjid iaitu Masjid Besar (Grand Mosque of Taipei) dan sebuah masjid yang kecil. Masjid Besar terletak berhampiran sebuah taman lapang untuk orang awam (i.e., Daan Park di Xinsheng South Road). Kalau naik MRT turunlah di stesen …. Berjalan kaki dari situ agak jauh juga (dalam 15 minit).
Ruang solat boleh memuat lebih 600 jemaah agaknya. Kelihatan berlapik kemas untuk keselesaan.
Ruang untuk wuduk kelihatan terjaga bersih dan kemas. Ada kamar mandi dengan tuala lengkap disediakan.
Di belakang ruang wuduk disediakan pula bilik mengurus jenazah.
Melihat tempat mengurus jenazah ini mengingat kita akan besarnya erti fardu kifayah kepada penduduk Muslim di Taipei dan kawasan sekitarnya.
Beberapa tulisan mengenai kehidupan Muslim di Taipei boleh di baca di sini.

Assalamu ‘alaikum
salam kenal sesama orang muslim
meski berbeda negara
Wa’alaikum salam
Comment by Nur Aini Rakhmawati — February 24, 2007 @ 12:31 am