geopractice

February 19, 2007

Kedai Halal Taipei

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 11:00 am

Agak susah untuk mencari kedai makanan halal. Sebuah kedai halal boleh didapati berhampiran Masjid Grand Taipei. Kedai ini namanya Mini Market Indojaya turut menjual produk halal seperti makanan tin, susu, teh dan sebagainya.

Masjid Kecil Taipei

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:49 am

Masjid kedua di Taipei adalah sebuah nasjid kecil dinamakan Masjid An-Nur. Untuk sampai ke sini dengan MRT turun di stesen …. Dari situ berjalan kaki dekat saja tak sampai pun 5 minit.

Ruang solat ….

 

Masjid Besar Taipei

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:35 am

Di Taipei terdapat dua buah masjid iaitu Masjid Besar (Grand Mosque of Taipei) dan sebuah masjid yang kecil. Masjid Besar terletak berhampiran sebuah taman lapang untuk orang awam (i.e., Daan Park di Xinsheng South Road). Kalau naik MRT turunlah di stesen …. Berjalan kaki dari situ agak jauh juga (dalam 15 minit).

 

 

Ruang solat boleh memuat lebih 600 jemaah agaknya. Kelihatan berlapik kemas untuk keselesaan.

Ruang untuk wuduk kelihatan terjaga bersih dan kemas. Ada kamar mandi dengan tuala lengkap disediakan.

Di belakang ruang wuduk disediakan pula bilik mengurus jenazah.

Melihat tempat mengurus jenazah ini mengingat kita akan besarnya erti fardu kifayah kepada penduduk Muslim di Taipei dan kawasan sekitarnya.

Beberapa tulisan mengenai kehidupan Muslim di Taipei boleh di baca di sini.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph