geopractice

February 13, 2007

Bantah FTA

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:55 pm

Rundingan FTA yang berjalan sekian lama masih diteruskan. Namun usaha menentang kewujudan FTA kian lantang disuarakan.

Apa yang membuatkan FTA ditentang? Perhatikan dampak FTA seperti isu berikut - para petani di US mendapat subsidi yang amat besar dari pemerintah. Satu contoh adalah harga beras di US menurut kos purata pengeluaran sebenar ialah USD415 (RM1452) satu tan. Melalui FTA beras telah diekspot ke negara membangun seperti Haiti, Honduras dan Ghana. Di negara-negara tersebut beras US dijual pada harga USD274 (RM959). Nyata harga jualan itu jauh lebih rendah dari harga kos pengeluaran. Harga jualan itu juga jauh kebih murah berbanding beras yang diusahakan oleh petani tempatan. Akibatnya para penanam padi tempatan terpaksa menghentikan usaha pertanian mereka. Sawah tidak dikerjakan dan mereka hilang punca pendapatan.

Para usahawan tani seharusnyalah peka dengan apa yang berlaku dalam FTA dan berkongsi maklumat dengan masyarakat. Lagi bacaan mengenai FTA di sini.   

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph