geopractice

November 20, 2006

CAP dan Ketupat Segera

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:24 am

Pada musim raya baru-baru ini pihak CAP telah mengadakan sidang media dan menghebahkan bahawa ketupat segera ada mudaratnya. Menurut CAP kebanyakan pembungkus ketupat segera dibuat dari bahan plastik yang mudarat. Plastik ketupat segera berkenaan apabila direbus boleh menyebabkannya merembes kandungan kimia yang berkemungkinan menyebabkan kanser. 

Beberapa hari selepas kenyataan CAP tersebut pihak Forum Plastik Malaysia (MPF) memberi jaminan dalam satu pengumuman bahawa plastik ketupat segera adalah selamat. 

Saga Ekuiti 2

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:14 am

Asli dalam sebuah laporannya menyebut pegangan ekuiti Melayu (dalam bentuk pemilikan saham) adalah 45%. Angka tersebut dipertikai oleh banyak pihak dan EPU meletakkan angka pegangan 18.9%. Ada pula satu laporan lain dipetik oleh Dr Awang Adek (Timbalan Menteri) menyatakan pegangan ekuiti Melayu pada tahap 36%. Mana satu yang nak dipakai? Awang Adek menyebut angka tersebut  di Perbahasan Dewan Rakyat di Parlimen.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph