Negara Musuh Internet
Teknologi internet sungguh banyak manfaatnya jika diguna dengan bijak. Melaluinya kita boleh mengakses berbagai maklumat untuk diguna dalam kehidupan seharian. Kita pasti memperolehi apa saja bahan yang berfaedah dalam berbagai bentuk. Dengan adanya internet cara bekerja, cara belajar dan sebagainya sebenarnya adalah lebih mudah.
Tetapi banyak juga negara yang diistihar memusuhi internet. Pihak Reporters Without Borders menyenaraikan sebanyak 13 negara berkenaan iaitu; Arab Saudi, Belarus, Myanmar, China, Korea Utara, Cuba, Mesir, Iran, Uzbekistan, Syria, Tunisia, Turkmenistan dan Vietnam.
