geopractice

November 22, 2006

Nanoteknologi Mengancam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:53 am

Nanoteknologi merupalan satu bidang yang agak baru di banyak negara terutama negara membangun. Namun di Israel mereka sudah mengaplikasinya tetapi untuk tujuan yang memudaratkan masyarakat. Mereka mencipta tebuan bionik.

 

Satu lagi produk ialah tangan tenaga yang memberi kuasa bionik kepada penggunanya. Selain itu mereka juga telah menghasilkan sejenis alat pengesan untuk mengesan pengebom berani mati. Kesemua ciptaan yang mengancam ini tentulah mereka tujukan tak lain dan tak bukan kepada penduduk Arab dan Palestine. 

Ketupat Segera Menjawab

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:35 am

Ekoran teguran CAP, Nona - pengeluar ketupat segera yang kian terkenal telah memberi penjelasan tentang produk mereka. Pembungkus plastik Nona selamat katanya.

Hebahan Nona tersebut disiarkan dalam akhbar UM dan juga BH.

November 20, 2006

CAP dan Ketupat Segera

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:24 am

Pada musim raya baru-baru ini pihak CAP telah mengadakan sidang media dan menghebahkan bahawa ketupat segera ada mudaratnya. Menurut CAP kebanyakan pembungkus ketupat segera dibuat dari bahan plastik yang mudarat. Plastik ketupat segera berkenaan apabila direbus boleh menyebabkannya merembes kandungan kimia yang berkemungkinan menyebabkan kanser. 

Beberapa hari selepas kenyataan CAP tersebut pihak Forum Plastik Malaysia (MPF) memberi jaminan dalam satu pengumuman bahawa plastik ketupat segera adalah selamat. 

Saga Ekuiti 2

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:14 am

Asli dalam sebuah laporannya menyebut pegangan ekuiti Melayu (dalam bentuk pemilikan saham) adalah 45%. Angka tersebut dipertikai oleh banyak pihak dan EPU meletakkan angka pegangan 18.9%. Ada pula satu laporan lain dipetik oleh Dr Awang Adek (Timbalan Menteri) menyatakan pegangan ekuiti Melayu pada tahap 36%. Mana satu yang nak dipakai? Awang Adek menyebut angka tersebut  di Perbahasan Dewan Rakyat di Parlimen.

November 10, 2006

Saga Ekuiti

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:42 am

Pemilikan ekuiti terus menjadi isu. Masing-masing pihak dengan argumen mereka. Isu berbangkit lantaran laporan ASLI tetapi berapa ramai antara kita yang pernah membaca laporan ASLI? Kalau orang di negara jauh pun sempat ambil kisah bagaimana pula kita ! 

Kita dan Mereka

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:52 am

Satu daripada aspek globalisasi adalah membuka ruang ke arah membincangkan hal berkaitan meritokrasi, berdaya saing dan seumpamanya. Turut menjadi perhatian adalah bagaimana kita mengurus ehwal seperti pengurusan, pentadbiran, pendidikan dan apa saja. Maka terjumpa dalam satu sumber petikan seperti berikut;

".. Hong Kong’s Chief Secretary, Rafael Hui, on the other hand, attended Harvard. Their Singapore counterpart, Peter Ho, went to Cambridge. …

Moralnya - semakin berjaya kedudukan kita semakin banyak persoalan yang datang.

November 8, 2006

Negara Musuh Internet

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:13 am

Teknologi internet sungguh banyak manfaatnya jika diguna dengan bijak. Melaluinya kita boleh mengakses berbagai maklumat untuk diguna dalam kehidupan seharian. Kita pasti memperolehi apa saja bahan yang berfaedah dalam berbagai bentuk. Dengan adanya internet cara bekerja, cara belajar dan sebagainya sebenarnya adalah lebih mudah.

Tetapi banyak juga negara yang diistihar memusuhi internet. Pihak Reporters Without Borders menyenaraikan sebanyak 13 negara berkenaan iaitu; Arab Saudi, Belarus, Myanmar, China, Korea Utara, Cuba, Mesir, Iran, Uzbekistan, Syria, Tunisia, Turkmenistan dan Vietnam.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph