Dampak TV
Pihak CAP menyaran supaya tabiat menonton TV dikalangan kanak-kanak dikawal. Terlalu banyak menonton TV ternyata banyak memberi dampak buruk kepada mereka.
Antara kesan yang disebutkan adalah - sukar menumpukan perhatian terhadap pelajaran; bersifat pasif, berat mulut, tidak dapat mengeluarkan idea atau berfikir secara jelas.
Kajian di AS menunjukkan menonton TV 2 jam sehari/lebih 10 jam seminggu mengakibatkan kemerosotan pencapaian akademik kanak-kanak. Menonton TV juga menjadikan kanak-kanak kurang cerdik kerana ia membunuh IQ, membekukan otak, menyekat kretiviti, menghalang daripada berfikir secara mendalam, mencuri masa, menganggu tidur dan merampas waktu bermain.
…
