geopractice

October 15, 2006

Tudung di Tunisia

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:39 am

Kebelakangan ini isu pemakaian purdah heboh diperkatakan di Barat. Banyak negara yang mengadakan peraturan melarang Muslimah memakai hijab terutama dikalangan pelajar sekolah dam kolej. Di Britain para ahli politik kanan turut menyuarakan rasa tidak senang berhadapan dengan Muslimah yang menemui mereka dengan berhijab. Itu suasana yang berlaku di Barat. Tetapi malangnya di negara yang ramai penduduk Muslim pun keadaannya tak sebaik mana. Contohnya lihatlah apa yang dilakukan oleh pemerintah di Tunisia.

October 12, 2006

Roti High5

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 5:50 am

Beberapa minggu lepas isu roti produk High5 hangat di perkatakan sebagai kotor, menggunakan bahan tidak halal dan diragui status halalnya. Kini pihak pengeluarnya dengan yakin menegaskan produknya telah disah sebagai halal.

Jaminan tersebut disuarakan sendiri oleh Ustaz Datuk Hasan Din. Beliau yang melawat sendiri ke kilang berkenaan telah mengesahkan status halal roti High5 yang diterima daripada pihak Jakim.

p/s - sejak entri ini ada satu perkembangan lain tetapi belum dihebahkan oleh akhbar. Soal pokoknya ialah produk high5 ini masih kontroversi dan elak keluarga kita dari makan roti berkenaan. 

….

October 6, 2006

Dampak TV

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:52 am

Pihak CAP menyaran supaya tabiat menonton TV dikalangan kanak-kanak dikawal. Terlalu banyak menonton TV ternyata banyak memberi dampak buruk kepada mereka.

Antara kesan yang disebutkan adalah - sukar menumpukan perhatian terhadap pelajaran; bersifat pasif, berat mulut, tidak dapat mengeluarkan idea atau berfikir secara jelas.

Kajian di AS menunjukkan menonton TV 2 jam sehari/lebih 10 jam seminggu mengakibatkan kemerosotan pencapaian akademik kanak-kanak. Menonton TV juga menjadikan kanak-kanak kurang cerdik kerana ia membunuh IQ, membekukan otak, menyekat kretiviti, menghalang daripada berfikir secara mendalam, mencuri masa, menganggu tidur dan merampas waktu bermain.

October 4, 2006

Makanan Halal di Bangkok

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:53 pm

Bagi sesiapa ke Bangkok dan nak mencari makanan halal boleh cuba ke tempat kat gambar ni.

Kat mana tu … panduannya carilah Masjid Darul Aman, Soi Surau, Patchaburi Road, Bangkok. Boleh jumpa kot. Keratan berita ni diambil pada bulan puasa (waktu tu baru berlaku peristiwa rampasan kuasa menumbangkan kerajaan Thaksin).

Masjid Konakry

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:44 am

Syiar Islam terpancar di mana saja merata pelosok dunia. Guinea ialah sebuah negara Afrika Barat yang ramai penduduk Muslim. Negara digolong sebagai antara negara termiskin di dunia.

Masjid di Konarky ibukota Guinea kelihatam elegan.

October 1, 2006

Berhati Dengan Roti

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:42 am

Minggu lalu CAP telah mendedahkan bahaya sesetengah roti. Menurut CAP kandungan asid propionik agak tinggi melepasi tahap yang dibenarkan. Kandungan tersebut boleh memberi mudarat kepada kesihatan.

Para pembuat dan pengilang roti menggunakan asid propionik sebagai bahan pengawet bagi mengekalkan kesegaran roti.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph