Jawi & MAIWP
Di setiap negeri terdapat dua jabatan kerajaan - Jabatan Agama & Majlis Agama Islam yang melaksana fungsi mereka secara berasingan. Tetapi tidak begitu halnya di WP Kuala Lumpur. Pada masa kini Pengarah Jawi merangkap juga sebagai Setiausaha MAIWP.
Apakah peranan masing-masing jabatan ini? Melalui pengasingan tersebut MAIWP akan difokus bidang tugasnya meliputi - mempunyai kuasa seperti mengeluarkan tauliah imam, melantik hakim Mahkamah Syarie, mengurus pelaburan Majlis Agama, zakat serta anak syarikat di bawahnya.
Jawi pula mempunyai bidang tugas - membabitkan kuasa pendakwaan, penguat kuasa, dakwah, pelajaran dan urusan perkahwinan.
…..
