geopractice

September 29, 2006

Apakah ‘Aatsar ?

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:27 am

Aatsar merupakan sumber ketiga penting dalam Islam selepas al-Quran dan hadith. Ada juga yang mengejanya sebagai aathar. Memang agak jarang kita mendengar perkataan aathar. Tetapi bagi mereka yang mengkaji Islam tentulah ianya bukan suatu yang asing, termasuklah para pengkaji di kalangan bukan Muslim.

Saya pernah menemui aathar digunakan dalam penulisan oleh seorang warga Amerika. Beliau memtik aathar sebagai menyokong faktanya dalam menulis suatu tesis kedotoran berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj.

September 28, 2006

Filem Gubra

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:49 am

Ramai yang bergembira apabila filem Gubra diumumkan menang dalam AFF yang diadakan baru-baru ini. Namun disebalik apa yang dikatakan hebat, bagus dan menariknya filem tersebut tersembunyi suatu yang penting Filem tersebut sebenarnya menghina Melayu dan mencemar kesucian Islam. Begitulah pendapat yang diketengahkan dalam satu wacana akademik.

 

Terdapat beberapa petikan lakonan filem tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang dan menjadi isu yang menyokong kecaman di atas.

Salah satu komen mengenai Gubra boleh dibaca di sini.

Selepas Bersara

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:41 am

Baru-baru ini Menteri PT mengumumkan skim membolehkan Pensyarah yang telah bersara disambung tugas mereka sehingga mencapai umur 65 tahun. Skim tersebut bukanlah untuk semua Pensyarah sebaliknya ditawarkan kepada mereka yang cemerlang sahaja. 

Soalnya bagaimana nak memutuskan kriteria yang dikatakan bertaraf cemerlang.  

September 27, 2006

IMF Meeting Demo

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:54 am

Singapore host the IMF meeting recently. As in previous IMF meeings there were many globalization opponent protest at such meeting. But Singapore is different.

September 12, 2006

Kilang Roti Pengotor

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:55 am

Pelik sungguh tentang kilang roti ni. Produknya terjual di merata ceruk pekan dan kampung, kedai runcit dan juga pasaraya. Sahamnya tersenarai di Bursa Saham tetapi tempat yang paling penting untuk bisnesnya tidak terurus - kilangnya kotor.

Kilang tersebut diarah tutup kerana beroperasi  persekitaran yang kotor. Lebih menyusutkan keadaan adalah roti yang diproduk turut mengguna minyak yang kandungannya diragui status halalnya.

….

Kembara Muslim Korea

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:45 am

Bagi orang Islam yang nak melancung ke negara bukan Islam soal mencari makanan halal merupakan suatu yang merunsingkan. Bagi mengatasinya agensi pelancungan kini telah mula menyediakan pakej melancung khusus untuk Muslim contohnya ke Korea. 

Perlu ada RM2500 kalau ke Korea !

….

September 8, 2006

Pasca Perang Gaza/Lubnan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:26 am

Menurut berita yang pernah dilaporkan, satu daripada punca serangan tentera Israel ke atas Gaza dan Lubnan ialah ekoran tentera mereka yang diculik oleh pejuang Hamas dan Hezbullah. Apa perkembangan kes penculikan tersebut?

Askar yang diculik, Koperal Gilad Shalit telah dipindahkan dari Gaza ke Mesir. Pihak Mesir mengemukakan supaya 800 tawanan Palestine dibebaskan sebagai pertukaran pembebasan Gilad. Rundingan masih berjalan dan sekiranya diterima pembebasan tawanan Palestine secara berperingkat hingga akhir tahun ini.

….

Budaya Pampers di Jepun

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:57 am

Pembuangan sampah tanpa keprihatinan kini menjadi masalah besar negara. Sampah terlalu banyak, tidak terurus dan akhirnya mewujudkan persekitaran rendah kualiti. Lampin pakai buang - pampers merupakan satu sumber sampah yang ada di mana-mana. Perhatikan bagaimana orang di Jepun menangani sampah lampin supaya isu persekitaran terkawal.

Di Jepun, rakyatnya membasuh dulu pampers yang terpakai sebelum dibuang. Sampah tak kotor dan lebih pentingnya tak berbau busuk. Bolehkah rakyat kita dididik supaya menjadi seperti mereka? Fikir-fikirkanlah!

….

September 2, 2006

Tokoh Muda Dakwah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 7:51 am

Kalau selalu mengikuti penulisan artikel bercorak ilmu di akhbar dan majalah akan kita temui nama penulis seperti …. Ustaz Maszlee Malik, Hafiz Firdaus Abdullah dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ustaz Maszlee Malik adalah pensyarah di UIAM, Hafiz Firdaus Abdullah bertugas sebagai Pilot di MAS dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkhidmat di USM sebagai pensyarah.

Mereka kerap menulis perkara semasa tentang Islam menyentuh hal-hal seperti kemelut Islam liberal, perjuangan Palestine & Lebanon menghadapi Zionis dan sebagainya. Baru-baru ini suatu majlis ilmu berbentuk forum telah dianjurkan oleh Muslim Profesionals Forum Berhad (mpf). Forum berkenaan telah menampilkan kesemua tokoh muda di atas dan disertai juga oleh Prof Madya Dr Farouk Musa seorang pakar bedah jantung dan paru-paru.

Forum bertajuk Gerakan Tajdid: Sejarah perkembangan dan cabaran di era globalisasi. Menurut website mpf forum telah berlangsung pada 23 Julai lepas di Ball Room Sime Darby Convention Centre
Mont Kiara. Yuran penyertaan cuma RM10 sahaja. Beruntung sangatlah warga KL yang mendapat peluang dihidangkan dengan majlis ilmu sebegitu.

….

Perjuangan Bahasa

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:01 am

Hala tuju BM kian bercelaru. Pejuang bahasa mahukan BM kekal dan terus mantap sebagai bahasa ilmu. Hakikatnya tidak begitu. Banyak yang boleh diperkatakan tentang hal ini. 

 

Masih ramai yang berharap sesuatu akan diusahakan untuk mengembalikan semula kedudukan BM sebagai bahasa ilmu.

…..

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph