Tokoh Gender
MM memuatkan satu ruangan menarik Di Sebalik Nama. Ruangan berkenaan memuatkan temuramah/wawancara dengan tokoh pilihan membicarakan isu semasa. Pada minggu lepas (20 Ogos) tokoh yang diwawancara ialah Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. Beliau kini memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dr Sharifah Zarah, kelahiran Kelantan, mendapat ijazah pertama di UM dalam bidang Sejarah dan Pengajian Melayu. Beliau kemudiannya memperolehi Sarjana Pengurusan Personel dari Universiti Pittsburg AS dan PhD dalam bidang Gender di England. Pernah bertugas di Perutusan Tetap Malaysia Di PBB, New York.
….
