Masalah Literasi
Sistem pendidikan kita dikatakan sebagai antara yang terbaik. Namun kalau dilihat dari statistik tentang pelajar yang belum boleh membaca angkanya masih besar. Perangkaan tersebut diberikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan semasa sidang Dewan Negara.
Laporan ini dipetik dari akhbar SK. Dalam laporan yang sama, Prof Ungku Aziz memberi komen mengenai hal tersebut. Menurutnya sistem pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan menjadi salah satu sebab keadaan demikian berlaku. Satu lagi puncanya ialah program hiburan yang tidak terkawal yang begitu banyak di TV. Menurut beliau program hiburan menyebabkan pelajar hilang tumpuan belajar dan banyak berangan-angan. Program seperti AF banyak memberi contoh negatif (pelajar leka, membuang masa, menonton berkali-kali) dan memberi kesan tidak baik terhadap pembelajaran.
….
