geopractice

August 29, 2006

Tengku Menteri Ngah Ibrahim Kembali

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:45 am

Sambutan Kemerdekaan di Negeri Perak pada tahun ini, khususnya di Taiping dan Bukit Gantang akan lebih meriah dan bermakna. Suatu catatan sejarah akan terukir semula di sana. Peristiwa penting itu adalah perjalanan kembali Ngah Ibrahim untuk dikubur semula di tempat kelahiran asalnya di Matang.

Rentetan pensejarahan semula itu telah bermula pada akhir Jun tahun 2004 dengan usaha menjejaki pusara Ngah Ibrahim di Singapura. Usaha tersebut asalnya tidak berhasil tetapi rombongan kali kedua diatur pada Ogos 2004. Kedua-dua operasi besar ini diketuai oleh OBJ Larut & Matang, Dr Wan Mohd Isa. Akhirnya pusara Ngah Ibrahim di temui di Perkuburan Al-Junid, Jalan Kubur. Beliau dikebumikan di situ setelah meninggal dunia pada 4 Februari 1895.  

Tokoh Gender

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:31 am

MM memuatkan satu ruangan menarik Di Sebalik Nama. Ruangan berkenaan memuatkan temuramah/wawancara dengan tokoh pilihan membicarakan isu semasa. Pada minggu lepas (20 Ogos) tokoh yang diwawancara ialah Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. Beliau kini memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dr Sharifah Zarah, kelahiran Kelantan, mendapat ijazah pertama di UM dalam bidang Sejarah dan Pengajian Melayu. Beliau kemudiannya memperolehi Sarjana Pengurusan Personel dari Universiti Pittsburg AS dan PhD dalam bidang Gender di England. Pernah bertugas di Perutusan Tetap Malaysia Di PBB, New York.

….

Indeks Komposit Pembangunan EPU

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:44 am

EPU telah mengumumkan kedudukan Indeks Komposit Pembangunan (IKP) bagi semua negeri. IKP menjadi tanda aras pencapaian pembangunan yang mencakupi 16 indikator. Antaranya adalah - kadar pengangguran, kadar perbandaran, purata pendapatan bulanan, pendaftaran kereta motor, kemudahan telefon bimbit, kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar.

Indikator lain yang digunakan adalah statistik berikut - kemudahan air paip, kemudahan bekalan elektrik, kadar kematian bayi, bilangan doktor, nisbah bilangan guru-murid, jalan berturap, dan kes jenayah.

Laporan berita di atas memetik Melaka di tempat ketiga menurut IKP tersebut (penulis rencana tu orang Melaka kot!). Ranking sepenuhnya adalah

  1. WP Kuala Lumpur
  2. Pulau Pinang
  3. Melaka
  4. Selangor
  5. N9
  6. Johor
  7. Perak
  8. Perlis
  9. Kedah
  10. Pahang
  11. Sarawak
  12. Terengganu
  13. Kelantan
  14. Sabah

RMK9 dirangka dengan memberi penumpuan mengurangkan jurang pembangunan negeri. SEbagai contoh Sabah (RM15.7bilion) dan Sarawak (RM13.4b) mendapat peruntukan agak besar, diikuti Terengganu (RM5.8b) dan Kelantan (RM6.7b). Antara strategi yang dilaksana adalah meningkatkan aktiviti ekonomi, menyedia kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial serta menggalakkan pembangunan modal insan.

Persoalannya apakah telah sekian lama RMK terdahulu mengabaikan pembangunan di kawasan yang dikategori kurang maju. Tidak dinafikan wujud faktor seperti kedudukan geografi yang kurang strategik, jauh dari pusat pertumbuhan, maka kesan limpahan tidak dapat dinikmati. Laporan menyebut juga bahawa pentadbiran di bawah pembangkang kurang memberi kesan menarik pelaburan ke negeri berkenaan.

…. 

Masalah Literasi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:29 am

Sistem pendidikan kita dikatakan sebagai antara yang terbaik. Namun kalau dilihat dari statistik tentang pelajar yang belum boleh membaca angkanya masih besar. Perangkaan tersebut diberikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan semasa sidang Dewan Negara. 

Laporan ini dipetik dari akhbar SK. Dalam laporan yang sama, Prof Ungku Aziz memberi komen mengenai hal tersebut. Menurutnya sistem pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan menjadi salah satu sebab keadaan demikian berlaku. Satu lagi puncanya ialah program hiburan yang tidak terkawal yang begitu banyak di TV. Menurut beliau program hiburan menyebabkan pelajar hilang tumpuan belajar dan banyak berangan-angan. Program seperti AF banyak memberi contoh negatif (pelajar leka, membuang masa, menonton berkali-kali) dan memberi kesan tidak baik terhadap pembelajaran.

….

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph