Masa Depan Islam di Belanda
Kenapa menulis tentang Islam di Belanda? Ada tiga faktor yang membuatkan topik ini menjadi pilihan. Pertamanya, Majalah Al-Islam keluaran Ogos memaparkan rencana dengan judul di atas. Kedua, dalam isu yang sama dimuatkan juga mengenai kisah seorang wanita di Belanda, Ayaan Irsi Ali, yang murtad dari Islam. Ketiga ialah kisah menarik mengenai Marianne Vorthoren, wanita kulit putih Belanda yang menerima Islam.
Rotterdam adalah sebuah bandar yang ramai penduduk Muslim. Integrasi antara penduduk Muslim dan warga tempatan bukan Muslim telah menjadi satu isu hangat sehingga diperdepatkan secara forum.

Masjid di Rotterdam
Isu yang sama turut mendapat liputan sebuah majalah bercorak libur.
