Melayu Perlu Berubah
Melayu Perlu Berubah - begitulah tajuk artikel yang mengulas mengapa Melayu sering bermasalah. Tulisan ini ekoran krisis pencapaian Melayu di Pulau Pinang.
Antara petikan menarik artikel berkenaan adalah paparan dapatan kajian Prof Dr Aminah Ayob dari Pusat Pengajian Imu Pendidikan USM. Beliau memberikan beberapa fakta tentang kelemahan Melayu menangani isu pendidikan antaranya adalah;
-
ibu bapa Melayu tidak mementingkan pendidikan; mereka lebih senang membeli perabot rumah daripada membeli kerusi-meja untuk anak selesa belajar.
-
Berbanding kaum lain yang tak mementingkan sangat sofa empuk, almari penuh barang kaca sebaliknya memastikan anak pumya meja untuk belajar dan buku yang cukup
-
15% pelajar Melayu menyatakan meja keadaan rumah tak selesa untuk belajar (sempit dan tak ada ruang khas untuk belajar).
-
73% tak suka membuat latihan tambahan selain yang diberi guru.
-
tak menyelesaikan kerja rumah (50%)
-
terlalu bergantung kepada guru (48%)
-
tak menggunakan teknik belajar yang betul (65%)
-
tak suka mencuba dan suka mengelak menjawab soalan yang sukar (53%)
-
tak suka kerja rumah (33%)
-
suka mendiam diri ketika di kelas, tak bercakap atau bertanya (33%)
Selain isu pemdidikan di segi ekonomi masalah yang disebutkan antaranya adalah;
-
anak jati Melayu PP kurang berminat memiliki aset harta di PP, sebaliknya memilih KL malah ada yang lebih gemar memiliki harta di luar negara
-
isu melibatkan pembangunan tanah wakaf - tertakluk kepada Akta Warisan; mengehadkan pembangunan (eg tidak melebihi 2.5 tingkat di Lebuh Acheh). Maka harga setiap menjadi mahal dan tak mampu dimiliki.
-
pembangunan semula tanah wakaf terhalang
…..
