geopractice

August 23, 2006

Tambang Cuti-cuti

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:44 pm

Sekadar melihat iklan melancung …

Kalau tak mampu jauh jalan dekat-dekat dah lah.

Walau apa sekali pun, kesimpulannya tetap persoalan yang sama - mampukah rakyat marhaen melancung melihat negeri orang?

….

OIC dan Media Anti-Islam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:28 pm

Media yang sifatnya anti-Islam sememangnya banyak. Soalnya bagaimana umat Islam mendepani sikap mereka.

Lihat perkembangan dan langkah OIC menangani media anti-Islam hasil sidang mereka pada 8 – 11 September ini.

….

Peluang Kerjaya

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:20 pm

Graduan yang menganggur disaran supaya mencebur diri ke bidang baru yang lebih terbuka. Tapi apa peluang yang ada? Iklan ini mungkin boleh menolong. Ya, kerjaya di bidang perancang kewangan terutama yang bercorak Islam.

….

Teater Puteri Gunung Ledang

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:58 am

Ini satu berita yang yang dipetik dari ruangan hiburan. Apa signifikannya? Pertama berita hiburan dan artis bukanlah suatu yang saya perhatikan. Malah kalau ada pun elok tinggalkan dan selak saja ke perkara lain. Tetapi ada satu berita berkait isu hiburan yang patut membuat kita berfikir …. 

Yang perlu ditonjolkan di sini ialah target berita tersebut iaitu usaha membantu anak-anak warga pelacur.

….

Melayu Perlu Berubah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:48 am

Melayu Perlu Berubah - begitulah tajuk artikel yang mengulas mengapa Melayu sering bermasalah. Tulisan ini ekoran krisis pencapaian Melayu di Pulau Pinang.

Antara petikan menarik artikel berkenaan adalah paparan dapatan kajian Prof Dr Aminah Ayob dari Pusat Pengajian Imu Pendidikan USM. Beliau memberikan beberapa fakta tentang kelemahan Melayu menangani isu pendidikan antaranya adalah;

  1. ibu bapa Melayu tidak mementingkan pendidikan; mereka lebih senang membeli perabot rumah daripada membeli kerusi-meja untuk anak selesa belajar.
  2. Berbanding kaum lain yang tak mementingkan sangat sofa empuk, almari penuh barang kaca sebaliknya memastikan anak pumya meja untuk belajar dan buku yang cukup
  3. 15% pelajar Melayu menyatakan meja keadaan rumah tak selesa untuk belajar (sempit dan tak ada ruang khas untuk belajar).
  4. 73% tak suka membuat latihan tambahan selain yang diberi guru.
  5. tak menyelesaikan kerja rumah (50%)
  6. terlalu bergantung kepada guru (48%)
  7. tak menggunakan teknik belajar yang betul (65%)
  8. tak suka mencuba dan suka mengelak menjawab soalan yang sukar (53%)
  9. tak suka kerja rumah (33%)
  10. suka mendiam diri ketika di kelas, tak bercakap atau bertanya (33%)

Selain isu pemdidikan di segi ekonomi masalah yang disebutkan antaranya adalah;

  1. anak jati Melayu PP kurang berminat memiliki aset harta di PP, sebaliknya memilih KL malah ada yang lebih gemar memiliki harta di luar negara
  2. isu melibatkan pembangunan tanah wakaf - tertakluk kepada Akta Warisan; mengehadkan pembangunan (eg tidak melebihi 2.5 tingkat di Lebuh Acheh). Maka harga setiap menjadi mahal dan tak mampu dimiliki.
  3. pembangunan semula tanah wakaf terhalang

…..

Program Geomatik IPTS

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:09 am

Geomatik adalah suatu bidang yang mungkin tak ramai mengetahuinya. Dulunya dipanggil Ukur Tanah. Graduannya bekerja sebagai Juruukur. Kalau disektor kerajaan majikan utamanya ialah Jabatan Ukur & Pemetaan -Jupem.

Terbaca iklan IPTS di atas yang menawarkan kursus Geomatik secara franchise dengan Universiti Gadjah Mada, Jogjakarta.

…..

Perjuangan Matrikulasi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:57 am

Sistem matrikulasi mempunyai sejarah yang panjang dalam sistem pendidikan kita. Mungkin dah lebih 30 tahun. Pada suatu ketika asalnya ditempatkan disekolah berasrama penuh seiring dengan pengajian Tingkatan 6. Suatu program yang ternyata berjaya melahirkan ramai graduan Melayu dalam berbagai bidang Sains termasuk Perubatan.

Kini, di era meritokrasi kewujudannya dicabar dan minta diberhentikan. Apa implikasinya? 

…..

Tambang ke Australia

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:42 am

Melancung ke Australia? Mampu ke?

Begitulah realiti kita sebenarnya. Walau apa pun yang dikatakan majoriti orang kita masih tak berupaya nak melihat negeri orang. Mereka sahajalah yang bercuti ke tempat kita … student mereka pun dah mampu bercuti ke sana ke mari.

…..

Al-Islam Cover Girl

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:37 am

Majalah Al-Islam keluaran Ogos muncul dengan cover page yang menampilkan seorang wanita. Siapakah beliau dan apakah cerita disebaliknya.

Wanita itu berasal dari Somalia dan kini menetap di Belanda. 

….. 

Pakej Haji

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:13 am

Banyak agensi yang menawarkan pakej haji.

Berikut pula satu lagi pakej serupa yang dikendalikan oleh CS Holidays.

…..

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph