geopractice

August 20, 2006

Krisis Pantai Hospital

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:24 am

Pantai Hospital mendapat liputan meluas kerana pemilik saham terbesar adalah warga Singapura.

Suatu perkembangan yang perlu diberi perhatian ekoran pendedahan pemilikan yang strategik oleh pelabur Singapura. Memiliki dua konsesi yang signifikan kepada negara;

i.                    Fomema – pengendalian pemeriksaan kesihatan pekerja asing selama 15 tahun (sehingga September 2012).

ii.                  Menyedia perkhidmatan sokongan hospital di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selama 15 tahun (sehingga Oktober 2011).

Program Gosip di TV

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:14 am

Laporan BH Aug 17 memetik laporan AP mengenai saranan NU di Indonesia untuk memfatwa program gossip di TV sebagai haram.

 

Berkait topik yang sama beberapa kesimpulan dapat dirumuskan mengenai topik tersebut;

a. cenderung kepada rancangan berbentuk hiburan adalah suatu yang tipikal bagi orang Melayu di Malaysia dan juga Indonesia.

b. Minat hiburan itu disuburkan lagi dengan banyaknya program sebegitu di TV. Sekadar beberapa contoh berikut disenaraikan program yang tersiar di TV tempatan Melodi, dan entah apa lagi.

c. Tidak dapat dibayangkan berapa ramai yang menonton dan berapa lama pula mereka membuang masa menonton program sedemikian.

d. Selain program gosip banyak lagi program hiburan lain yang sebenarnya jauh lebih bermanfaat kalau tidak ditonton.

e. Lihat saja rancangan di Astro Ria yang penuh dengan temubual distudio membincang hal yang remeh dan entah apa-apa. Diselitkan pula tawaran hadiah melalui panggilan SMS yang tentunya memancing penonton yang tentu sekali bukan sedikit belanjanya. 

f. Program semacam itu langsung tak merangsang minda, sebaliknya menjauhkan masyarakat Melayu dari memikirkan hal yang lebih penting seperti pendidikan, pelajaran, apa lagi yang menyentuh ekonomi dan sebagainya.

g. Bayangkan kalau masa 30 minit atau sejam itu digunakan untuk perkara lain – membaca, mengemas, atau menonton rancangan lain yang lebih berfaedah.

h. Bagi golongan pelajar sekolah pula lebih bermanfaat kalau mereka mengulangkaji atau pun tidur saja supaya berehat.

 

Susulan laporan NU dari Indonesia itu, Mufti Negeri Perak turut ditanya pandangan beliau mengenai program TV berkenaan (baca petikan berikut).

mmm

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph