geopractice

August 19, 2006

Isu Pendidikan Malaysia

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:51 am

Pendidikan

Rejal Arbee menulis dengan tajuk isu komposisi kaum namun perkara utama yang dibangkitkan ialah berkait isu pendidikan negara.  Enam isu besar yang beliau bangkitkan ialah;

i.                   Kurangnya pergaulan antara murid berbilang kaum.

ii.                  Ketidak seimbangan kemudahan pembelajaran antara sekolah kerajaan di bandar dan luar bandar. Sekolah luar bandar kurang peralatan, nisbah guru-murid tidak berpadan, bilangan guru mahir dan berdedikasi kecil. Faktor begini memberi kesan negatif dalam sistem meritokrasi.

iiii.        Masih ramai murid belum mahir membaca sekalipun telah tamat sekolah rendah. Anggaran 150,000 memasuki Tingkatan Satu tanpa kebolehan membaca & menulis. Masalah ini lebih kritikal apabila Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris.

iv.        Jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai memasuki IPTA berbanding lelaki – anggaran 70% bagi kalangan Melayu.

v.         Jumlah graduan menganggur yang besar – anggaran 60,000 orang.

vi.         Persoalan pengajian peringkat Matrikulasi yang dibangkitkan oleh Parti politik Cina (Gerakan). Matrikulasi perlu diteruskan sekalipun mendapat penentangan sebagai menyediakan peluang saksama kepada pelajar Melayu khususnya dari luar Bandar. Ada pihak yang menyaran supaya pengendalian Matrikulasi tidak dipusatkan seperti sekarang sebaliknya dikembalikan kepada pihak IPTA. Sistem sekarang banyak menimbul kerenah birokrasi yang boleh membantut pengendaliannya.

Turut dilaporkan ialah syor Tan Sri Arshad Ayob yang mencadang ditubuh sebuah Suruhanjaya Pendidikan guna mengkaji pelbagai masalah yang wujud dalam pelajaran dan pembelajaran masa kini. Rujuk pembentanagan beliau “Pendidikan Orang Melayu – Antara Mitos dan Realiti” di Wacana Bulanan DBP.

Satu lagi isu besar yang perlu diberi perhatian ialah keruntuhan moral pelajar Melayu di IPTA. Trend kebejatan moral dikalangan penuntut IPTA adalah suatu yang parah dan merisaukan. Akhbar NST membuat liputan tentang hal ini dan menerbitkan laporan di muka depan pada Jumaat 18 Aug 2006.

Sumber – BH Ogos 16, 2006.

…..

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph