geopractice

August 29, 2006

Tengku Menteri Ngah Ibrahim Kembali

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:45 am

Sambutan Kemerdekaan di Negeri Perak pada tahun ini, khususnya di Taiping dan Bukit Gantang akan lebih meriah dan bermakna. Suatu catatan sejarah akan terukir semula di sana. Peristiwa penting itu adalah perjalanan kembali Ngah Ibrahim untuk dikubur semula di tempat kelahiran asalnya di Matang.

Rentetan pensejarahan semula itu telah bermula pada akhir Jun tahun 2004 dengan usaha menjejaki pusara Ngah Ibrahim di Singapura. Usaha tersebut asalnya tidak berhasil tetapi rombongan kali kedua diatur pada Ogos 2004. Kedua-dua operasi besar ini diketuai oleh OBJ Larut & Matang, Dr Wan Mohd Isa. Akhirnya pusara Ngah Ibrahim di temui di Perkuburan Al-Junid, Jalan Kubur. Beliau dikebumikan di situ setelah meninggal dunia pada 4 Februari 1895.  

Tokoh Gender

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:31 am

MM memuatkan satu ruangan menarik Di Sebalik Nama. Ruangan berkenaan memuatkan temuramah/wawancara dengan tokoh pilihan membicarakan isu semasa. Pada minggu lepas (20 Ogos) tokoh yang diwawancara ialah Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. Beliau kini memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dr Sharifah Zarah, kelahiran Kelantan, mendapat ijazah pertama di UM dalam bidang Sejarah dan Pengajian Melayu. Beliau kemudiannya memperolehi Sarjana Pengurusan Personel dari Universiti Pittsburg AS dan PhD dalam bidang Gender di England. Pernah bertugas di Perutusan Tetap Malaysia Di PBB, New York.

….

Indeks Komposit Pembangunan EPU

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:44 am

EPU telah mengumumkan kedudukan Indeks Komposit Pembangunan (IKP) bagi semua negeri. IKP menjadi tanda aras pencapaian pembangunan yang mencakupi 16 indikator. Antaranya adalah - kadar pengangguran, kadar perbandaran, purata pendapatan bulanan, pendaftaran kereta motor, kemudahan telefon bimbit, kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar.

Indikator lain yang digunakan adalah statistik berikut - kemudahan air paip, kemudahan bekalan elektrik, kadar kematian bayi, bilangan doktor, nisbah bilangan guru-murid, jalan berturap, dan kes jenayah.

Laporan berita di atas memetik Melaka di tempat ketiga menurut IKP tersebut (penulis rencana tu orang Melaka kot!). Ranking sepenuhnya adalah

  1. WP Kuala Lumpur
  2. Pulau Pinang
  3. Melaka
  4. Selangor
  5. N9
  6. Johor
  7. Perak
  8. Perlis
  9. Kedah
  10. Pahang
  11. Sarawak
  12. Terengganu
  13. Kelantan
  14. Sabah

RMK9 dirangka dengan memberi penumpuan mengurangkan jurang pembangunan negeri. SEbagai contoh Sabah (RM15.7bilion) dan Sarawak (RM13.4b) mendapat peruntukan agak besar, diikuti Terengganu (RM5.8b) dan Kelantan (RM6.7b). Antara strategi yang dilaksana adalah meningkatkan aktiviti ekonomi, menyedia kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial serta menggalakkan pembangunan modal insan.

Persoalannya apakah telah sekian lama RMK terdahulu mengabaikan pembangunan di kawasan yang dikategori kurang maju. Tidak dinafikan wujud faktor seperti kedudukan geografi yang kurang strategik, jauh dari pusat pertumbuhan, maka kesan limpahan tidak dapat dinikmati. Laporan menyebut juga bahawa pentadbiran di bawah pembangkang kurang memberi kesan menarik pelaburan ke negeri berkenaan.

…. 

Masalah Literasi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:29 am

Sistem pendidikan kita dikatakan sebagai antara yang terbaik. Namun kalau dilihat dari statistik tentang pelajar yang belum boleh membaca angkanya masih besar. Perangkaan tersebut diberikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan semasa sidang Dewan Negara. 

Laporan ini dipetik dari akhbar SK. Dalam laporan yang sama, Prof Ungku Aziz memberi komen mengenai hal tersebut. Menurutnya sistem pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan menjadi salah satu sebab keadaan demikian berlaku. Satu lagi puncanya ialah program hiburan yang tidak terkawal yang begitu banyak di TV. Menurut beliau program hiburan menyebabkan pelajar hilang tumpuan belajar dan banyak berangan-angan. Program seperti AF banyak memberi contoh negatif (pelajar leka, membuang masa, menonton berkali-kali) dan memberi kesan tidak baik terhadap pembelajaran.

….

August 25, 2006

Masa Depan Islam di Belanda

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:40 am

Kenapa menulis tentang Islam di Belanda? Ada tiga faktor yang membuatkan topik ini menjadi pilihan. Pertamanya, Majalah Al-Islam keluaran Ogos memaparkan rencana dengan judul di atas. Kedua, dalam isu yang sama dimuatkan juga mengenai kisah seorang wanita di Belanda, Ayaan Irsi Ali, yang murtad dari Islam. Ketiga ialah kisah menarik mengenai Marianne Vorthoren, wanita kulit putih Belanda yang menerima Islam.

Rotterdam adalah sebuah bandar yang ramai penduduk Muslim. Integrasi antara penduduk Muslim dan warga tempatan bukan Muslim telah menjadi satu isu hangat sehingga diperdepatkan secara forum.

Masjid di Rotterdam

Isu yang sama turut mendapat liputan sebuah majalah bercorak libur.

August 23, 2006

Tambang Cuti-cuti

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:44 pm

Sekadar melihat iklan melancung …

Kalau tak mampu jauh jalan dekat-dekat dah lah.

Walau apa sekali pun, kesimpulannya tetap persoalan yang sama - mampukah rakyat marhaen melancung melihat negeri orang?

….

OIC dan Media Anti-Islam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:28 pm

Media yang sifatnya anti-Islam sememangnya banyak. Soalnya bagaimana umat Islam mendepani sikap mereka.

Lihat perkembangan dan langkah OIC menangani media anti-Islam hasil sidang mereka pada 8 – 11 September ini.

….

Peluang Kerjaya

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:20 pm

Graduan yang menganggur disaran supaya mencebur diri ke bidang baru yang lebih terbuka. Tapi apa peluang yang ada? Iklan ini mungkin boleh menolong. Ya, kerjaya di bidang perancang kewangan terutama yang bercorak Islam.

….

Teater Puteri Gunung Ledang

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:58 am

Ini satu berita yang yang dipetik dari ruangan hiburan. Apa signifikannya? Pertama berita hiburan dan artis bukanlah suatu yang saya perhatikan. Malah kalau ada pun elok tinggalkan dan selak saja ke perkara lain. Tetapi ada satu berita berkait isu hiburan yang patut membuat kita berfikir …. 

Yang perlu ditonjolkan di sini ialah target berita tersebut iaitu usaha membantu anak-anak warga pelacur.

….

Melayu Perlu Berubah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:48 am

Melayu Perlu Berubah - begitulah tajuk artikel yang mengulas mengapa Melayu sering bermasalah. Tulisan ini ekoran krisis pencapaian Melayu di Pulau Pinang.

Antara petikan menarik artikel berkenaan adalah paparan dapatan kajian Prof Dr Aminah Ayob dari Pusat Pengajian Imu Pendidikan USM. Beliau memberikan beberapa fakta tentang kelemahan Melayu menangani isu pendidikan antaranya adalah;

  1. ibu bapa Melayu tidak mementingkan pendidikan; mereka lebih senang membeli perabot rumah daripada membeli kerusi-meja untuk anak selesa belajar.
  2. Berbanding kaum lain yang tak mementingkan sangat sofa empuk, almari penuh barang kaca sebaliknya memastikan anak pumya meja untuk belajar dan buku yang cukup
  3. 15% pelajar Melayu menyatakan meja keadaan rumah tak selesa untuk belajar (sempit dan tak ada ruang khas untuk belajar).
  4. 73% tak suka membuat latihan tambahan selain yang diberi guru.
  5. tak menyelesaikan kerja rumah (50%)
  6. terlalu bergantung kepada guru (48%)
  7. tak menggunakan teknik belajar yang betul (65%)
  8. tak suka mencuba dan suka mengelak menjawab soalan yang sukar (53%)
  9. tak suka kerja rumah (33%)
  10. suka mendiam diri ketika di kelas, tak bercakap atau bertanya (33%)

Selain isu pemdidikan di segi ekonomi masalah yang disebutkan antaranya adalah;

  1. anak jati Melayu PP kurang berminat memiliki aset harta di PP, sebaliknya memilih KL malah ada yang lebih gemar memiliki harta di luar negara
  2. isu melibatkan pembangunan tanah wakaf - tertakluk kepada Akta Warisan; mengehadkan pembangunan (eg tidak melebihi 2.5 tingkat di Lebuh Acheh). Maka harga setiap menjadi mahal dan tak mampu dimiliki.
  3. pembangunan semula tanah wakaf terhalang

…..

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph