geopractice

January 22, 2012

Tarikan pelancungan Taipei

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:08 pm

Taipei menawarkan banyak lokasi menarik untuk dikunjungi oleh para pelancung. Tarikan utamanya ialah Menara Taipei 101. Ia merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diambil alih oleh Menara Burj Dubai. Tingkat tertinggi yang boleh pelancung sampai ialah tingkat 91. Tingkat 92 hingga 101 menempatkan peralatan komunikasi dan merupakan kawasan larangan. Selain Menara 101 antara tarikan lain ialah;

Muzium Kebangsaan Diraja

Muzium Seramik Yingko

Menaiki gondola ke Maokong

Zoo Taipei dan Kuil Zhinan terletak dalam perjalanan ke gondola.

Pasar Malam Shilin dan Raohe

Tapak air panas Hot Spring Resort, Jalan Youya

Restoran Halal Yunus, Jalan Pei Ning (dimiliki oleh Yunus Yahya berasal dari Chiangmai)

Restoran Bismillah terletak sederet dengan Restoran Yunus

Beberapa komen mereka yang pernah ke Taipei;

i) bandarnya bersih dan sukar untuk mencari tong sampah. Macam mana pulak kalau kita ada sampah nak buang kemana?

ii) penggunaan air di tandas amat terhad namun tidak pula berbau busuk.

iii) penggunaan tandas tidak dikena bayaran.

 

Ladies Market - dipenuhi berbagai gerai jualan

- - - - -

January 19, 2012

Tarikan Pelancungan Makassar

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:28 pm

Apakah yang menjadi tarikan untuk para pengunjung melawat Makassar. Berikut ialah beberapa tempat yang patut dikunjungi;

Pantai Losari - dikenali sebagai meja terpanjang kerana banyaknya meja gerai makan disepanjang pantai

Benteng Rotterdam - dibangunkan pada tahun 1545 dansekarang menjadi muzium

Pulau Kayangan dan Pulau Somalana - perjalanan 15 minit menaiki bot dari pusat bandar

Pantai Tanjung Bira

Air Terjun Bantimurung

Malino - kawasan nyaman dan dingin (air terjun, kebun sayur dan pokok pain)

Tana Toraja - pemandangan alam yang indah

Trans Studio - taman tema dalam bangunan

Jalan Somba Opu - lokasi membeli-belah

Penerbangan Air Asia: KL - UPG 13:40 tiba 16.50 (3 jam); UPG - KL 17.30 - 20.45

 

 Kesibukan para pengunjung Ladies Market

- - - - -

 

January 15, 2012

Kg Batu Uban

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 5:30 am

Kg Batu Uban ialah sebuah kampong tradisional Melayu di Pulau Pinang. Ia sudah berusia 278 tahun. Apa yang berlaku di sana? Kampung tersebut terancam hilang legasinya sebagai warisan Melayu. Ia bakal dibangunkan dengan projek komersial. Sasterawan Negara (Prof Dr Muhammad Salleh) telah menyuarakan rasa kesal ekoran hal tersebut. Turut bersuara ialah Prof Ahmad Murad Merican dari Utp. Mereka meluah rasa kesal tehadap kerajaan negeri di bawah PR terutama pimpinan DAP. Isu tersebut disebut sebagai usaha melenyapkan identiti Melayu.

Baca sebuah entri jawapan oleh pasbukitbendera. Isu-isu seperti ini katanya bermula sejak pemerintahan sebelum 2008.

Terkini: Prof Dr Muhammad Salleh pun turut menafikan petikan laporan tersebut. Menurut beliau apa yang disebut dalam laporan bukan sebagaimana yang beliau sendiri maksudkan. Jangan heret saya dalam perkelahian politik kata Prof Dr Muhamad Salleh (baca wargamarhaen).

 

Haagen-Dazs - jenama ais krim (Ladies Market HK)

- - - - -

January 9, 2012

Globalisasi - Gloria Jean’s

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:34 am

Perniagaan kopi jenama Gloria Jean’s di Malaysia di kenadalikan Perbadanan Nasional Malaysia (PNS) - yang dulunya dikenali sebagai Pernas. Entiti perniagaan tersebut merancang membuka tujuh buah cawangan baru. Kesemua tujuh lokasi cawangan baru  tersebut adalah di Lembah Kelang dan Pulau Pinang.

Setakat ini Gloria Jeans telah mempunyai 17 premis di merata tempat. Pembukaan sebuah premis baru akan melibatkan kos antara Rm300,000 ke Rm500,000 bergantung kepada lokasi.

 

Premis Starbucks di Terminal Feri HK-Macau 

(jenama Gloria Jeans’s tidak pula ditemui di HK)

- - - - -

 

January 7, 2012

Pemimpin Kedah - Datuk Wan Salleh

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:31 am

Para pemimpin parti politik PR memang tak pernah mendapat liputan di akhbar perdana. Jarang ada berita mengenai mereka kecuali kalau ada perkara yang negatif. Sk 47 keluaran pkr memuatkan sedikit bio tentang pemimpin dari Kedah - Datuk Wan Salleh Wan Isa . Beliau kini memegang jawatan Pengerusi Pimpinan PKR Kedah, dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR pada 2007. Datuk Wan Salleh pernah berkhidmat sebagai pegawai tinggi imigresen di Langkawi.

Ada ke yang mengenali beliau sebelum laporan Sk 47?

 

Feri Macau - HK

(lelaki yang pegang flyer menu tu petugas menjual minuman dan makanan ringan)

- - - - -

January 6, 2012

Bakal Hilang 2012

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:20 am

Tahun 2012 bukanlah baik segalanya. Ada juga yang dijangka menerima nasib buruk pada tahun 2012. Sebuah berita melaporkan ada 10 jenama perniagaan global yang berdepan dengan kemelesetan. Jenama tersebut mungkin terpaksa menutup perniagaan mereka pada tahun ini. Sepuluh jenama perniagaan tersebut adalah;

1. A & W fast food

2. Sears

3. Sony Pictures

4. American Apparel

5. Nokia

6.Saab

7. Soap Opera Digest

8. Sony Erricson

9. Myspace

10. Kellogg’s Corn Pops

 

Jambatan Macau (dilihat dari jeti feri)

- - - - -

January 4, 2012

Setem Canada 2012

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:51 am

Canada Post amat efisien sekali dalam hal pengeluaran setem baru. Senarai setem baru 2012 telah pun dihebahkan. Bukan itu sahaja pemilihan setem dan detail mengenai setiap setem tersebut juga telah dimaklumkan. Berikut ialah setem baru yang bakal dikeluarkan oleh Canada Post untuk tempoh Januari - April 2012/

1. Year of the Dragon (Jan 10)

2. QE II Diamond Jubilee - Vol 1 (Jan 16)

3. Definitives - Baby Wildlife (Jan 16)

4. Definitives - Canadian Pride (Jan 16) - booklet

5. John Ware & Viola Desmond (Feb 1) Black History month issue - booklet

6. QE II Diamond Jubilee - Vol 2 (Feb 6) -  booklet

7. Art Canada - Joe Fatard (Feb 23) - Pane and booklet

8. Daylilies (March 1) - booklet

9. QE II Diamond Jubilee - Vol 3 (March 6)

 

Jeti pengkalan feri Macau-HK

- - - - -

January 2, 2012

Kalendar 2012

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:32 am

Tahun 2011 telah berlalu dengan meninggalkan berbagai catatan peristiwa. Kini 2012 membuka tirai. Apakah yang ditunggu sebagai tarikan kalendar 2012. Antara peristiwa besar dalam 2012 ialah Sukan Olimpik yang bakal berlangsung pada Julai 27 hingga Ogos 12.

 

Tiket feri Macau - HK (No tempat duduk 14C - Slip kuning ditampal ketika check-in )

- - - - -

December 20, 2011

Keretapi Harimau Malaya

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 11:57 am

KTM baru sahaja melancarkan sebuah produk terbaru yang dinamakan perkhidmatan Malayan Tiger Train (MTT). Perkhidmatan MTT ialah untuk laluan dari JB ke Tumpat. MTT menggunakan koc keretapi yang dikenali sebagai koc biru (blue coach). Koc tersebut adalah sumbangan kerajaan Jepun kepada Malaysia. Koc biru asalnya digunakan oleh Fuji Hayabusa (entiti keretapi Jepun) untuk perkhidmatan dari Tokyo ke Kumamoto. Koc biru disumbangkan kepada Malaysia apabila perkhidmatan tersebut dihentikan pada Mac 2009. Sebanyak Rm7 juta telah dibelanjakan oleh KTM untuk menambah-baikan koc biru.

 

Kaunter tiket feri Macau ke HK

- - - - -

December 18, 2011

Laluan MAS Henti

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:07 pm

Mas mengumumkan untuk memberhentikan penerbangan ke beberapa laluan. Keputusan tersebut diambil bagi mengurangkan kerugian. Laluan yang disebut akan dihentikan ialah: KL - Surabaya; KL - Johannesburg; dan KL - Rome.

Turut dihentikan ialah laluan KL - Karachi - Dubai; KL - Dubai - Amman; KL - Cape Town - Buenos Aires; dan Langkawi - Penang - S’pore. Kesemua pemberhentian penerbangan akan bermula pada Jan 7, 2012.

 

Terminal Perlumbaan GP Macau

- - - - -

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph